Berita

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Persidangan Antarabangsa Mazhab Syafi’i anjuran Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i dan Jabatan Mufti Kerajaan Brunei Darussalam menjemput para cendekiawan, penyelidik dan individu yang berminat untuk menghantar kertas kerja yang bersesuaian dengan tema persidangan tahun ini, iaitu “Mazhab Syafi’i dalam Era Digital: Relevan & Cabaran”.

Persidangan akan diadakan pada:
Hari/Tarikh : Isnin – Rabu, 6 – 8 Zulhijjah 1446H / 2 – 4 Jun 2025M
Tempat : Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, Brunei Darussalam

TARIKH PENTING❗
Tarikh akhir menghantar abstrak : 30hb April 2025
Pemberitahuan penerimaan abstrak : 7hb Mei 2025
Penghantaran kertas kerja penuh : 20hb Mei 2025

*Tarikh akhir pendaftaran penyertaan : 20hb Mei 2025

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, bolehlah layari laman sesawang di bawah ini ⤵
http://unissa.edu.bn/panmas

Terima kasih.